BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

14 September, 2009

Selamat Hari Raya

salam lebaran...

wah... kerap betul ada masalah internet sekarang ni.
nak edit blog pun susah.
Apepun.. Kali ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya pada kawan2 yang sudah pun berada di kg masing2 sekarang. Diharap agar raya tahun ini memberi seribu pengertian buat kalian.

Tdk lupa juga trm ksh pada member2 blog yg baru je join tangan harapan..

Semoga lebih banyak maklumat yg blh kita kongsi bersama...

13 September, 2009

Bagaikan Puteri ; Ramlee Awang Murshid.

Bagaikan Puteri mengisahkan Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula keabad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! Bagaikan Puteri penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta... manusia sanggup berperang!

Faizatie: kepada sesiapa yang turut berminat menjelajah novel-novel melayu yang bagus seperti ini, diharap boleh berkongsi dengan saya... Jangan lupe baca novel Bagaikan Puteri nie, best tau..:-)

Masih ingat jenis-jenis gaya bahasa ?
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai apa itu personifikasi, metafora dan simile...

Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup. contohnya:
1. Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.
2. Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi


Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas(tanpa bak,seperti, umpama ,ibarat)

1. Manik-manik peluh
2. Rantai keresahan
3. diselubungi awan kerisauan


Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan.

1. Seperti seekor rerama yang terbang bebas
2. Bagai seorang pemburu gagah.

12 September, 2009

same2 kita imbas kembali cerpen 'lambaian malar hijau'...

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah. Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya. Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng. Selepas 25 tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.

25 August, 2009

memartabatkan bahasa Melayu

Pada saat perhatian hampir semua orang tertumpu pada globalisasi, dunia tanpa sempadan, dasar langit terbuka, ledakan maklumat, pencapaian taraf negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dan segala agenda besar lain yang merangsang cita-cita manusia, terasa pelik juga apabila kita masih perlu bercakap tentang nasib dan martabat bahasa Melayu. Dasar-dasar kenegaraan, termasuk dasar bahasa kebangsaan, seharusnya tidak menjadi 'barang tawar-menawar' lagi, sesudah puluhan tahun dasar itu membuktikan hasilnya, baik dalam memenuhi fungsinya sebagai tanda kewujudan bangsa dan negara yang berdaulat, sebagai bahasa perpaduan,dan sebagai bahasa pendidikan. Namun, kerana soal martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa dan negara masih terus-menerus menjadi atau dijadikan isu, maka ada kewajarannya kita terus membicarakannya.

P/s: Sama-samalah kita bergabung tenaga memartabatkan bahasa ibunda tercinta...